Peluang Perniagaan / Perdagangan Malaysia

Matlamat utama Wawasan 2020:

  • Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
  • Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
  • Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
  • Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
  • Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  • Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
  • Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  • Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
  • Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Kepentingan & Cabaran Teknologi Maklumat – Perniagaan / Perdagangan melalui Internet

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, permintaan untuk menguruskan perniagaan atau perdagangan secara elektronik menerusi internet atau lebih dikenali sebagai e-dagang telah meningkat. Secara meluasnya e-dagang boleh didefinisikan sebagai metodologi moden yang memenuhi keperluan organisasi, perdagangan dan pelanggan untuk mengurangkan kos, memperbaiki mutu perkhidmatan dan mempertingkatkan kadar penghantaran maklumat serta perkhidmatan. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap perlaksanaan sistem e-dagang dengan memberi fokus kepada industri pembinaan di Malaysia. Walaupun penggunaan sistem e-dagang sangat meluas di negara-negara barat, penggunaannya dalam industri pembinaan di Malaysia masih lagi di peringkat awalan. Namun begitu, berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, potensi perlaksanaan sistem e-dagang dalam industri pembinaan di Malaysia untuk berkembang adalah tinggi. Faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan dan faedah yang diperolehi menarik minat syarikat-syarikat pembinaan untuk mengimplementasi e-dagang. Namun, halangan-halangan yang diperolehi turut menjadi faktor kenapa tahap perlaksanaan e-dagang dalam industri pembinaan di Malaysia masih lagi rendah. Oleh yang demikian semua pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan hendaklah mengambil inisiatif bagi mengatasinya dan berani mengambil risiko untuk membuat pelaburan bagi memanfaatkan perkembangan pesat teknologi maklumat di Malaysia.

Revolusi internet telah mempengaruhi hampir kesemua aspek di dalam dunia perniagaan. Dalam ruang masa yang singkat sahaja, penggunaan internet sebagai media untuk melakukan transaksi dan pelbagai aktiviti perdagangan atau lebih dikenali sebagai e-dagang telah mengambil alih kegiatan ekonomi yang dilaksanakan secara tradisional. E-dagang seringkali dikaitkan dengan pasaran yang lebih besar sama ada membabitkan perdagangan terus dengan pelanggan “Business to Consumer” (B2C) atau perdagangan antara perniagaan “Business to Business”(B2B). Ini telah mendorong syarikat-syarikat tempatan melibatkan diri dalam e-dagang. Pelbagai insentif seperti potongan cukai ke atas aktiviti berkaitan e-dagang, turut memberi nafas baru kepada peniaga. Sehubungan dengan itu, kerajaan turut mengaplikasikan e-dagang dalam sistem mereka (e-goverment) dengan harapan ia menjadi perintis untuk industri-industri lain di Malaysia.

Industri pembinaan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara, turut tidak terkecuali. Perlaksanaan e-dagang dalam industri pembinaan membolehkan semua pihak yang terlibat terutamanya pihak pembekal melakukan aktiviti jual beli dalam masa yang singkat, menjimatkan kos serta secara langsung mampu memperluaskan perniagaan. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan transmisi data elektronik (electronic data interchange, EDI) dalam e-dagang, mengurangkan kitaran masa urus niaga serta meningkatkan ketepatan dan nilai strategik diantara pembekal dan pembeli

Seperti yang telah diketahui, internet merupakan satu jaringan atau rangkaian komputer yang tidak terbatas dan meliputi seluruh dunia. Kemajuan dalam teknologi maklumat atau IT (Information Technology) telah membolehkan aktiviti perdagangan dilaksanakan melalui internet (e-dagang). Ini termasuk penggunaan alat-alat elektronik, program untuk pemprosesan, penstoran, pemindahan dan penyampaian maklumat E-dagang dalam industri pembinaan bukanlah sekadar ruang untuk melakukan aktiviti jual beli. Ia turut menjadi saluran perkongsian segala maklumat dan teknologi di antara semua pihak yang terlibat dalam industri ini.

Namun, perkembangan e-dagang dalam industri pembinaan berlaku dengan kadar yang amat perlahan. Kebanyakkan syarikat pembinaan di Malaysia masih memilih aktiviti perdagangan secara tradisional berikutan kurangnya pendedahan tentang perlaksanaan e-dagang dalam industri pembinaan. Perdagangan tradisional jauh berbeza dengan perdagangan elektronik (e-dagang). Ini berikutan, perdagangan tradisional masih lagi melibatkan lokasi perniagaan yang terletak di sesuatu kawasan, urusan jual beli secara lawatan fizikal dan penggunaan banyak kertas untuk kebanyakkan urusannya termasuk invois, surat, faks dan sebagainya. Manakala e-dagang menjalankan urus niaga di internet, tidak memerlukan lawatan fizikal dan tidak melibatkan penggunaan kertas yang banyak. Lokasi perdagangan yang berlaku di sesuatu tempat menyukarkan pemaju, kontraktor, perunding dan pembekal yang berada jauh dari lokasi menjalankan urus niaga.

Selain itu, penggunaan kertas sebagai media perhubungan akan melambatkan proses urus niaga. Ianya berbeza dengan penggunaan e-dagang yang memudahkan urus niaga walau di mana berada serta dapat menghantar dan memperbaharui sebarang maklumat dengan cepat dan tepat. Di Malaysia, industri-industri lain diberi lebih banyak tumpuan mengenai e-dagang. Status e-dagang dalam industri pembinaan masih lagi kurang jelas disebabkan kurangnya pendedahan mengenainya. Pengenalpastian tahap perlaksanaan e-dagang dalam industri pembinaan ini penting untuk dikaji agar industri pembinaan di Malaysia tidak ketinggalan dalam arus teknologi maklumat yang pesat membangun.

 

 www.IklanMalaysia.net

peluang perniagaan beli jual sewa kereta rumah hartanah kerja kosong produk senarai daftar syarikat perkhidmatan direktori pasaraya pengumuman best free classifieds in malaysia buy rent sell properties real estate property classifieds new second cars company registration domain name website hosting services listing directory blog forum search engines free for all links pages classified ads advertisements online internet ffa ffal ffalp click supermarket announcements pre-launch prelaunch post launch product business opening business opportunity jobs vacancy vacancies

3 Responses to Peluang Perniagaan / Perdagangan Malaysia

  1. iklanmalaysia says:

    TIP Percuma : ASAS PERNIAGAAN

    Berbagai-bagai perkara perlu difikirkan sebelum menjalankan perniagaan. Antara perkara yang dipertimbangkan ialah
    *Bekalan stok,
    *Pemasaran
    *Bantuan perniagaan,
    *Pengurusan perniagaan dan
    *Etika perniagaan.

    Tahukah kamu?
    Antara faktor yang mempengaruhi pemilihan tempat perniagaan.
    *Jenis perniagaan
    *Modal yang ada
    *Persaingan daripada peniaga lain
    *Jenis pelanggan
    *Kemudahan yang ada
    *Potensi untuk berkembang
    *Undang-undang dan peraturan kawalan zon perniagaan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: